







KUALA LUMPUR :
Konsert Ijmal Cinta Ramadan 3.0 Kembali Lagi Atas Permintaan, Dibarisi 10 Penyanyi Hebat Era
80an dan 90an
Artis yang ditampilkan adalah Shima, ToβKi, Zur Eda, Norshila Amin, Dayangku Intan, Roy Ratnaku,
Mamat Exists, Kopratasa, Zack Kacamata dan The Rayhan.
Kehadiran Ramadan memang sering dinantikan umat Islam di
seluruh dunia kerana pada bulan inilah kita diwajibkan menunaikan salah satu rukun Islam iaitu ibadah
berpuasa dengan menahan diri daripada makan dan minum serta melakukan perkara yang dilarang.
Selain ibadah berpuasa, kita sebagai umat Islam juga digalakkan untuk memperbanyakkan ibadah dan
doa, bermuhasabah diri, bersedekah dan membantu orang lain serta memperbaiki akhlak dan
hubungan sesama manusia.
Bahkan, Ramadan yang merupakan bulan kesembilan dalam kalendar Islam juga sangat dinantikan
kerana Al-Quran pertama kali diturunkan pada bulan ini, khususnya pada malam yang dikenali sebagai
Lailatul Qadar (Malam Kemuliaan), yang nilainya lebih baik daripada seribu bulan.
Maka, tidak hairan mengapa banyak pihak yang mengambil keberkatan di bulan suci ini dengan
menganjurkan pelbagai acara atau program berkaitan dakwah dan kebajikan setiap tahun, tidak
terkecuali syarikat HS Event & Ent Sdn Bhd.
HIBURAN DAKWAH
Kekal dengan program berkonsep hiburan dakwah tahunan mereka yang sentiasa mendapat sambutan
positif daripada peminat, HS Event & Ent Sdn Bhd dengan kerjasama Saloma bakal menganjurkan
Konsert Ijmal Cinta Ramadan 3.0 yang akan berlangsung di Saloma, Kuala Lumpur pada 14 Mac 2026
ini.
Konsert ini menampilkan ramai artis terkemuka dari era 80an dan 90an seperti Shima, ToβKi, Zur Eda,
Norshila Amin, Dayangku Intan, Roy Ratnaku, Mamat Exists, Kopratasa, Zack Kacamata dan The
Rayhan.
Penganjurnya, Datin Sri Dr Riza Datoβ Che Umar bersama rakan kongsi, Mubarak Akhtar berkata,
penganjuran konsert Ijmal Cinta Ramadan 3.0 ini dilakukan berdasarkan permintaan yang diterima
daripada peminat seni.
βRata-rata mereka menyukai konsep hiburan dakwah yang cuba kami tampilkan di dalam penganjuran
konsert-konsert sebelum ini.
βDi mana kita bukan sahaja menampilkan elemen persembahan dengan nilai-nilai spiritual dan
ketuhanan yang bersesuaian, namun apa yang lebih penting ia turut diisi dengan beberapa aktiviti
ibadah yang cukup signifikan di di bulan ramadan.
βAntaranya, tadarus al-Quran dan tazkirah sebelum berbuka puasa, disusuli dengan solat Maghrib
secara berjemaah. Selepas solat Isyak dan tarawih diadakan, barulah persembahan artis bermula,β
katanya Mubarak.
NAMA-NAMA BESAR
Mengulas mengenai penglibatan 10 artis yang terlibat di dalam konsert ini, Mubarak berkata, pihaknya
tidak menyangka bahawa kesemua nama-nama besar ini sudi menerima tawaran mereka untuk
menjayakan konsert ini.
βSaya percaya ramai teruja untuk melihat mereka beraksi, apatah lagi kebanyakan mereka sudah
mengukir perjalanan kerjaya seni yang hebat serta memiliki ramai pengikut serta peminat,β katanya.
Jelas Mubarak lagi, tidak semata-mata hanya untuk berhibur dan mengikuti aktiviti ibadah yang
disusun, peminat juga berpeluang beramal melalui setiap pembelian tiket secara langsung untuk
program konsert ini.
βSebagaimana tahun-tahun sebelumnya, kita akan berusaha mencari sekurang-kurangnya 25 orang
anak seni yang berdepan dengan masalah kesihatan dan kewangan melalui sumbangan yang
dihulurkan. Pemberian duit raya pula akan diberikan kepada anak-anak yatim yang diraikan.
βSemoga apa yang kita lakukan ini akan membantu meringkan beban anak- anak seni ini menjelang
sambutan Aidilfitri, manakala pemberian duit raya pula akan memberikan kegembiraan buat anak-anak yatim ini,β katanya lagi.
