Sekolah Seluruh Negara Diberi Cuti Tambahan Satu Hari Pada 18 Mac sempena Aidifitri – KPM

11 MAC 2026

Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan satu hari cuti tambahan pada 18 Mac kepada semua sekolah di seluruh negara bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan pemberian cuti tambahan itu bertujuan memberi ruang kepada guru, murid dan ibu bapa membuat persiapan sewajarnya bagi menyambut Aidilfitri dalam suasana yang teratur.

“Langkah ini juga selaras dengan komitmen KPM untuk sentiasa memberi keutamaan kepada aspek kesejahteraan warga pendidikan,” menurut kenyataan itu.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *