




10 Mac 2026
Menteri Komunikasi, YB Datuk Fahmi Fadzil menyampaikan sumbangan Tabung Kasih@HAWANA kepada 10 pengamal media termasuk veteran industri sempena Program Kasih Ramadan Kementerian Komunikasi di Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) hari ini.
Sumbangan Tabung Kasih@HAWANA ini bagi menghargai jasa dan sumbangan pengamal media dalam penyampaian maklumat kepada masyarakat, sekali gus membantu persiapan menjelang Hari Raya Aidilfitri.
668 TELAH TERIMA MANFAAT
Hingga Mac 2026, seramai 668 pengamal media di seluruh negara telah menerima manfaat daripada inisiatif Tabung Kasih@HAWANA sebagai simbol keprihatinan kerajaan dalam memperkukuh kebajikan komuniti media.
Hadir sama Timbalan Menteri Komunikasi, YB Teo Nie Ching dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Abdul Halim Hamzah.
