





10 Mac 2026
Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) meneruskan agenda kebajikan dan kemasyarakatan menerusi siri agihan sumbangan bakul makanan dan set manisan kepada penduduk di daerah Muar dan Tangkak sempena Ramadan dan Aidilfitri yang bakal menjelang.
Sebanyak 500 bakul makanan berserta set manisan diserahkan kepada penerima di Dewan Serbaguna Parit Tengah, Ayer Hitam, Muar pada hari ini (10 Mac).
Majlis penyerahan disempurnakan oleh Shah Reza Md Kanafe, Pengurus Kanan YSIJ kepada Muhammad Ismat Salleh, Penolong Pegawai Daerah (Masyarakat).
500 LAGI BAKUL MAKANAN
Serahan bantuan bagi daerah Tangkak yang berlangsung di Masjid Jamek Bandar Tangkak turut menyaksikan penyerahan 500 lagi bakul makanan dan set manisan.
Sumbangan disampaikan oleh Shah Reza kepada YM Ungku Suzana binti Ungku Mohammad, Pegawai Daerah Tangkak sebelum diserahkan kepada penerima bantuan.
