π—žπ——π—£π—• π—¦π—¨π—Ÿπ—§π—”π—‘ π—£π—”π—›π—”π—‘π—š π—§π—œπ—§π—”π—› π—§π—˜π—žπ—”π—‘ π—žπ—˜π—£π—˜π—‘π—§π—œπ—‘π—šπ—”π—‘ π— π—˜π— π—˜π—Ÿπ—œπ—›π—”π—₯𝗔 π—›π—”π—Ÿπ—”π—Ÿ 𝗗𝗔𝗑 𝗛𝗔π—₯𝗔𝗠 π——π—”π—Ÿπ—”π—  π—žπ—˜π—›π—œπ——π—¨π—£π—”π—‘

JERANTUT, 11 Mac 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah menitahkan umat Islam supaya sentiasa memelihara batas halal dan haram dalam setiap urusan kehidupan demi memastikan keberkatan serta kesejahteraan masyarakat.

Paduka Baginda bertitah, sebagai umat Islam yang menjunjung tinggi kesucian ajaran agama, menjadi kewajipan kepada setiap individu untuk sentiasa memastikan segala urusan kehidupan dipandu oleh perkara yang halal serta menjauhi perkara yang meragukan atau syubhah.

Menurut Paduka Baginda, perkara yang halal bukan sahaja membawa keberkatan, malah memberikan ketenangan jiwa, manakala menjauhi perkara syubhah menjadi benteng yang menjaga kesucian iman serta memelihara maruah agama.

β€œDalam dunia yang semakin pesat berubah, persoalan halal dan haram tidak lagi terbatas kepada isu pemakanan semata-mata, sebaliknya telah berkembang menjadi satu ekosistem kehidupan yang merangkumi pelbagai sektor termasuk perniagaan, kewangan, perubatan, logistik serta gaya hidup manusia secara keseluruhannya.

β€œJanganlah kita alpa bahawa halal itu pada hakikatnya adalah perintah agama, bukan sekadar jenama pasaran. Halal bukan hanya soal logo atau cap pada sesuatu produk. Halal itu adalah soal amanah, integriti dan keberkatan hidup. Jika sesuatu yang masuk ke dalam tubuh manusia itu bersumberkan perkara yang meragukan, maka ia bukan sahaja menjejaskan kesihatan jasmani, bahkan boleh menggelapkan hati dan merosakkan jiwa,” titah Paduka Baginda.

Paduka Baginda bertitah demikian ketika berkenan berangkat memasyhurkan Masjid Kampung Simpang Tebing Tinggi sebagai Masjid Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah,Kampung Simpang Tebing Tinggi, di sini hari ini.

Sementara itu dalam titah sama, Paduka Baginda menyeru semua pihak termasuk para peniaga, pengilang, pengusaha restoran serta mana-mana pihak yang terlibat dalam rantaian industri halal supaya memelihara amanah tersebut dengan penuh tanggungjawab serta tidak mempermainkan sensitiviti umat Islam dalam perkara yang menyentuh soal halal dan haram.

Pada masa sama, Paduka Baginda berharap pihak berkuasa berkaitan terus memperkukuhkan penguatkuasaan terhadap sebarang pelanggaran dalam sistem pensijilan halal serta mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memanipulasi sistem demi kepentingan diri.

β€œSesungguhnya, menjaga halal dan haram bukan hanya tanggungjawab kerajaan atau pihak berkuasa semata-mata, tetapi merupakan tanggungjawab bersama seluruh umat islam. Jika umat islam sendiri tidak mengambil berat soal halal dan haram dalam kehidupan mereka, maka sedikit demi sedikit kita akan kehilangan benteng yang selama ini menjadi asas kekuatan masyarakat Islam.

β€œJika perkara halal dijaga, maka masyarakat akan hidup dalam keberkatan. Namun, jika perkara halal dipermainkan, maka kerosakan akan meresap sedikit demi sedikit dalam kehidupan kita. β€˜Tegak rumah kerana sendi, runtuh sendi maka robohlah rumah. Begitulah juga masyarakat, jika sendi halal dan haram tidak lagi dipelihara, maka runtuhlah asas kehidupan yang diberkati’,” titah Paduka Baginda.

Dalam pada itu, Paduka Baginda turut menyeru para usahawan khususnya perusahaan kecil dan sederhana supaya merebut peluang mendapatkan pensijilan halal bagi memperkukuhkan keyakinan pengguna serta memperluaskan pasaran perniagaan.

Paduka Baginda bertitah, inisiatif mempercepatkan proses kelulusan pensijilan halal yang kini dapat diselesaikan dalam tempoh sekitar 30 hari berbanding 90 hari sebelum ini merupakan langkah positif dalam memudahkan permohonan serta memperkasa industri halal di negeri ini.

Pada masa sama, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) sentiasa bersedia memberikan bimbingan kepada para peniaga yang ingin mendapatkan pensijilan halal.

Paduka Baginda menegaskan bahawa pensijilan halal bukanlah satu beban, sebaliknya merupakan pelaburan jangka panjang yang menjamin kualiti, integriti serta membuka peluang pasaran lebih luas di peringkat nasional dan antarabangsa. -KESULTANAN PAHANG


HRH THE SULTAN OF PAHANG EMPHASISES THE IMPORTANCE OF SAFEGUARDING HALAL AND HARAM IN DAILY LIFE

JERANTUT, March 11, 2026 – His Royal Highness the Sultan of Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah, has called on Muslims to always observe the boundaries of halal and haram in every aspect of life to ensure blessings and the well-being of society.

His Royal Highness decreed that as Muslims who uphold the sanctity of religious teachings, it is the responsibility of every individual to ensure that all aspects of life are guided by what is halal and to avoid matters that are doubtful or syubhah.

According to His Royal Highness, what is halal not only brings blessings but also provides peace of mind, while avoiding doubtful matters serves as a safeguard that preserves the purity of faith and upholds the dignity of religion.

β€œIn a world that is rapidly changing, the issue of halal and haram is no longer confined to matters of food alone, but has evolved into a comprehensive ecosystem encompassing various sectors including business, finance, medicine, logistics and overall human lifestyle.

β€œLet us not forget that halal is fundamentally a religious command, not merely a market label. Halal is not just about logos or stamps on products. It is about trust, integrity and the blessings of life. If something that enters the human body originates from doubtful sources, it not only affects physical health but can also darken the heart and damage the soul,” decreed His Royal Highness.

His Royal Highness said this when graciously attending the proclamation ceremony of Masjid Kampung Simpang Tebing Tinggi as Masjid Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Kampung Simpang Tebing Tinggi, here today.

In the same decree, His Royal Highness also called on all parties including traders, manufacturers, restaurant operators and those involved in the halal industry supply chain to uphold this trust responsibly and not take lightly the sensitivities of Muslims in matters related to halal and haram.

At the same time, His Royal Highness expressed hope that the relevant authorities will continue to strengthen enforcement against any violations within the halal certification system and take firm action against those attempting to manipulate the system for personal gain.

β€œIndeed, safeguarding halal and haram is not solely the responsibility of the government or authorities, but a collective responsibility of the entire Muslim community. If Muslims themselves neglect the importance of halal and haram in their lives, we will gradually lose the foundation that has long been the strength of the Muslim community.

β€œIf halal is safeguarded, society will live in blessings. However, if halal is taken lightly, harm will slowly seep into our lives. β€˜A house stands firm because of its pillars; when the pillars collapse, the house falls.’ Likewise with society; if the pillars of halal and haram are no longer preserved, the foundation of a blessed life will collapse,” His Royal Highness decreed.

Meanwhile, His Royal Highness also urged entrepreneurs, particularly small and medium enterprises, to seize the opportunity to obtain halal certification in order to strengthen consumer confidence and expand their market reach.

His Royal Highness noted that the initiative to expedite the halal certification approval process, which can now be completed in around 30 days compared to 90 days previously, is a positive step in facilitating applications and strengthening the halal industry in the state.

At the same time, the Pahang Islamic Religious Department (JAIP) remains ready to provide guidance to traders seeking to obtain halal certification.

His Royal Highness emphasised that halal certification should not be seen as a burden, but rather as a long-term investment that ensures quality, integrity and opens wider market opportunities at both national and international levels. – KESULTANAN PAHANG

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *