๐— ๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ๐—  ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ ๐—–๐—˜๐—ž๐—จ๐—ฃ ๐Ÿฒ ๐—ฃ๐—”๐—ง๐—œ ๐—–๐—จ๐—•๐—” ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ฅ ๐—œ๐—ž๐—จ๐—ง โ€˜๐—Ÿ๐—”๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ก ๐—ง๐—œ๐—ž๐—จ๐—ฆโ€™

.
๐—ž๐—จ๐—ž๐—จ๐—ฃ, ๐Ÿญ๐Ÿญ ๐— ๐—ฎ๐—ฐ โ€“ Taktik enam Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) cuba meninggalkan Malaysia melalui laluan laut tidak diwartakan di perairan Tanjung Piai gagal, selepas mereka dicekup Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Johor dalam operasi khas, malam semalam.

Pemangku Pengarah Maritim Negeri Johor, Kepten Maritim Kama Azri Kamil berkata,
kesemua lelaki berkenaan ditahan dalam Op Khas Pagar Laut 1/2026 selepas
pihaknya menerima maklumat risikan mengenai pergerakan sebuah bot mencurigakan yang dipercayai membawa individu keluar dari negara secara haram.

โ€œSusulan maklumat itu, sebuah bot ronda Maritim Malaysia digerakkan ke lokasi dan
berjaya mengesan bot berkenaan kira-kira 1.7 batu nautika barat daya Tanjung Piai.

โ€œBagaimanapun, bot terbabit cuba melarikan diri ke arah perairan negara jiran sebaik
menyedari kehadiran pihak berkuasa,โ€ katanya lagi.

Tambah beliau, Bot PERKASA 1243 kemudian mengejar bot terbabit sebelum berjaya
memintas dan menahan enam lelaki dipercayai warga Indonesia yang berada di atas
bot berkenaan.

Kesemua suspek berusia antara 21 hingga 55 tahun itu dibawa ke Jeti Maritim
Malaysia Sungai Pulai bagi tujuan siasatan lanjut. Siasatan awal mendapati, mereka
dipercayai cuba keluar dari Malaysia menggunakan laluan laut tidak sah sebelum
berjaya dipatahkan oleh pihak berkuasa.

Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana menggunakan laluan tidak
diwartakan untuk keluar dari negara.

Kama Azri turut berkata, tangkapan tersebut merupakan sebahagian daripada
pelaksanaan Op Khas Pagar Laut 1/2026 yang dilaksanakan sepanjang Ramadan
dan Syawal bagi memperkukuh kawalan keselamatan di perairan negara.

Jelas beliau lagi, operasi berkenaan memberi tumpuan kepada kawasan โ€˜panasโ€™ yang
dikenal pasti sering digunakan sebagai laluan penyeludupan dan pergerakan PATI.

โ€œMaritim Negeri Johor meningkatkan rondaan serta pemantauan dengan mengatur
gerak aset dan anggota di kawasan tumpuan bagi memastikan keselamatan serta
kedaulatan perairan negara terus terpelihara,โ€ katanya.

Kama Azri dalam pada itu turut menegaskan, Maritim Malaysia tidak akan
berkompromi terhadap sebarang cubaan menggunakan laluan laut tidak sah untuk
keluar atau masuk ke negara ini.

Orang ramai khususnya komuniti maritim yang mempunyai sebarang maklumat atau
aduan berkenaan aktiviti mencurigakan di laut boleh menghubungi talian kecemasan
999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Johor di talian 013-7001235 untuk tindakan
segera.

.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *