




Oleh: Sholina Osman
12 MAC 2026
Kementerian Pengangkutan (MOT) akan melaksanakan penguatkuasaan Larangan Pemanduan ke Atas Kenderaan Barangan (Road Ban) terhadap kenderaan berat pada 19-20 Mac dan 28-29 Mac sempena Hari Raya Aidilfitri ini.
Menterinya Anthony Loke berkata ini kerana setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri, berlaku peningkatan mendadak kemalangan jalan raya yang meragut nyawa akibat kecuaian dan kegagalan merancang perjalanan.
“Setiap nyawa yang hilang di jalan raya adalah kerugian besar
buat negara dan kita tidak mahu sambutan kemenangan Ramadan
bertukar menjadi tragedi air mata hanya kerana sikap tidak sabar
di jalan raya,” kata beliau ketika berucap Sempena Perhimpunan Bulanan Kementerian Pengangkutan di Dewan Sentral RAC kementerian berkenaan, semalam.
Anthony juga menyentuh isu lambakan kenderaan akhir hayat (End of Life Vehicles) yang buruk dan terbiar di bahu jalan bukan sahaja menyakitkan mata, malah menjadi punca masalah kesihatan dan kacau ganggu kepada masyarakat.
PELUPUSAN KENDERAAN KEKAL
“Jika pelupusan kenderaan kekal dengan cara lama, kita akan
mewujudkan “kubur kenderaan” gergasi yang mencemarkan
alam sekitar melalui sisa kimia dan menghalang kelancaran lalu
lintas di kawasan perumahan,” kata beliau.
Sehubungan itu kata beliau menerusi sistem e-Dereg dan pusat AAT Authorised Automotive
Treatment Facilities), akan mempermudah rakyat untuk
melupuskan kenderaan secara sah dan digital.
“Kita mahu membersihkan ruang awam dan menukar sisa menjadi nilai
ekonomi,” tambah beliau. – JM
