πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐏𝐄𝐋𝐄𝐏𝐀𝐒𝐀𝐍 π„πŠπ’ππŽπ‘π“ 𝐒𝐔𝐒𝐔 𝐒𝐄𝐆𝐀𝐑 ππ”πŠπ€π‹ ππ„π‘π“π€πŒπ€ πƒπ€π‘πˆ 𝐅&𝐍 π€π†π‘πˆπ•π€π‹π‹π„π˜ πŠπ„ π’πˆππ†π€ππ”π‘π€

GEMAS, 12 MAC 2026 – Satu lagi detik bersejarah tercipta dalam industri tenusu negara apabila YBhg. Datuk Seri Isham Ishak, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menyempurnakan Majlis Pelepasan Eksport Susu Segar Pukal Pertama dari F&N AgriValley ke Singapura.

Pelepasan eksport ini menandakan pencapaian penting dalam memperkukuh agenda keterjaminan makanan negara serta membuktikan keupayaan industri tenusu tempatan menghasilkan produk berkualiti tinggi yang mampu menembusi pasaran antarabangsa. Inisiatif F&N AgriValley di Gemas turut dilihat berpotensi mengurangkan kebergantungan negara terhadap import produk tenusu, sekali gus memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab industri tenusu serantau.

Turut hadir ialah YBhg. Datuk Dr. Mohd Noor Hisham bin Mohd Haron, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar; YBhg. Dato’ Raffiq bin Md Ariff, Pengarah AgriValley Sdn. Bhd. merangkap Pengarah Urusan Bahagian Makanan dan Libat Urus Industri; YBrs. Encik Khalid bin Ibrahim, Setiausaha Bahagian Pembangunan Perniagaan dan Pelaburan ; YBrs. Dr. Nurul ’Ain binti Ahmad, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan; serta barisan pengurusan tertinggi serta pegawai kanan KPKM, dan juga wakil-wakil daripada jabatan dan agensi.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *