


Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
12 MAC 2026
Kementerian Komunikasi akan merangka Dasar Industri Kreatif Negara (DIKN) yang baharu bagi menggantikan DIKN 2009.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata semasa mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara telah bersetuju keperluan menstruktur semula ekosistem berkaitan Ekonomi Jingga iaitu industri kreatif agar lebih berdaya saing, mampan dan mampu menembusi pasaran global.
“Bagi Ekonomi Biru, mesyuarat turut menekankan kepentingan memanfaatkan sumber laut, kawasan pesisir dan perairan daratan secara bertanggungjawab dengan memastikan pembangunan yang dilaksanakan kekal mampan, saksama dan berdaya tahan,” katanya dalam hantaran di FB.
Untuk ke arah itu, kata beliau Rangka Tindakan Ekonomi Biru Malaysia akan diwujudkan bagi memacu pendekatan bersepadu yang mengimbangi pembangunan ekonomi, kesaksamaan sosial serta kemampanan alam sekitar dalam ekosistem ekonomi biru negara.
Terdahulu Anwar mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara Bilangan 1 Tahun 2026 hari ini, dua kertas utama telah diteliti, masing-masing berkaitan Ekonomi Jingga (industri kreatif) dan Rangka Tindakan Ekonomi Biru Malaysia. – JM
