Jasad 84 pelaut Iran dibawa pulang dari Sri Lanka dengan pesawat khas

13 Mac 2026
(Info Ringkas)

Mayat 84 pelaut Iran yang dikenal pasti terbunuh dalam serangan Amerika Syarikat (AS) pada 4 Mac ke atas kapal perang IRIS Dena di luar pantai Sri Lanka telah dihantar pulang ke Iran, kata Kementerian Pertahanan Sri Lanka pada Jumaat, lapor Xinhua.

Jasad berkenaan diterbangkan ke Iran dalam pesawat khas yang berlepas pada petang Jumaat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Mattala di Wilayah Selatan Sri Lanka.

Sumber :- Bernama

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *