BALIK KAMPUNG LEBIH JIMAT! 🚗💛DISKAUN TOL 50% SEMPENA AIDILFITRI

Seluruh Warga Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan dan Agensi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri serta Kerajaan MADANI atas inisiatif prihatin ini.

💬KENYATAAN MEDIA YAB PERDANA MENTERI

“Kerajaan MADANI akan terus memastikan kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan, khususnya dalam menghadapi kos sara hidup dan keperluan perjalanan semasa musim perayaan.”
— YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri

Pemberian diskaun tol 50% sempena Aidilfitri adalah bagi meringankan kos perjalanan rakyat pulang ke kampung halaman bersama keluarga tersayang.

📊 Butiran Pelaksanaan:

  • 50% Diskaun Tol – Kenderaan Kelas 1 di semua lebuh raya
  • Tempoh: 18 Mac (12.01 tengah malam) hingga 19 Mac (11.59 malam)
  • Implikasi Kewangan: RM21.03 juta ditanggung Kerajaan MADANI

⚠️ Pengecualian:
Plaza Tol BSI, Plaza Tol Tanjung Kupang dan Lebuhraya LINKEDUA

Inisiatif ini bukan sekadar penjimatan kos, tetapi memberi makna besar kepada rakyat untuk pulang berhari raya dengan lebih selesa, selamat dan bermakna bersama keluarga.

Sumber: Kenyataan Media YAB Perdana Menteri selepas Mesyuarat Jemaah Menteri, 17 Mac 2026

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *