

19 Mac 2026
Kuala Lumpur —
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil 14 individu lagi bagi dirakam keterangan untuk membantu siasatan berhubung dakwaan sabotaj terhadap kestabilan negara.
Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail berkata, pihaknya telah mempunyai senarai lengkap individu yang terlibat dan proses siasatan masih berjalan secara menyeluruh.
Menurut beliau, setakat ini seramai 14 individu telah pun dirakam keterangan, dan polis kini sedang meneliti setiap maklumat yang diperoleh selain meneruskan siasatan lanjut.
“Kita masih menjalankan siasatan lain dan ada beberapa individu lagi yang mungkin akan dipanggil. Setelah selesai, kita akan kemukakan hasil siasatan kepada Peguam Negara,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, hari ini.
Sumber: BERNAMA
