66 terkorban dalam nahas pesawat tentera di Colombia

24 Mac 2026

MexicoCity: Sekurang-kurangnya 66 orang terkorban pada Isnin apabila sebuah pesawat tentera Colombia yang membawa 125 orang terhempas di selatan negara itu, Anadolu Ajansi melaporkan, memetik media tempatan.

Pesawat Hercules C-130 dengan 114 anggota tentera dan 11 anak kapal terhempas sejurus berlepas dari Puerto Leguizamo, Putumayo.

Presiden Gustavo Petro berkata sebelum ini punca kejadian tidak diketahui.

Sementara pihak berkuasa bergerak untuk bertindak balas terhadap kemalangan dan menentukan punca nahas, Kementerian Pertahanan telah mengaktifkan semua protokol untuk memberi bantuan kepada mangsa dan keluarga mereka.

“Saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mereka yang terjejas dan sebagai menghormati kesedihan mereka, saya menggesa mengelakkan spekulasi sehingga maklumat rasmi tersedia,” kata Menteri Pertahanan Pedro Sanchez.

BernamaNews

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *