
24 Mac 2026
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan Datuk Bandar Kuala Lumpur membayar ganti rugi berjumlah RM824,180 kepada sepasang suami isteri yang anak lelaki mereka maut akibat dihempap pokok tumbang di pembahagi jalan awam di bawah selenggaraan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Hakim Effandi Nazila Abdullah memutuskan demikian selepas membenarkan tuntutan yang difailkan oleh Gooi Ling Sim, 61, dan Phun Kok Hoi, 63, selaku tanggungan kepada mendiang Phun Mun Lap, 30, terhadap Datuk Bandar Kuala Lumpur selaku defendan.
Mahkamah mengarahkan defendan membayar kos pengebumian Mun Lap sebanyak RM26,180, ganti rugi kehilangan tanggungan sebanyak RM768,000 kepada pasangan itu, dan ganti rugi kedukacitaan sebanyak RM30,000.
Sumber: BERNAMA
