Penjawat awam PKD Gombak merokok di premis makanan dikompaun – KKM

Oleh: Sholina Osman
23 MAC 2026

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan individu yang tular di media sosial merokok di sebuah premis makanan di Rawang pada 23 Mac 2026 adalah seorang penjawat awam yang bertugas di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Gombak.

Kenyataan media KKM memaklumkan tindakan kompaun telah pun dikeluarkan kepada individu tersebut di bawah Seksyen 16(2) (No. 4: merokok di tempat makan) Akta

  1. Selain itu, tindakan tatatertib dalaman juga akan diambil selaras dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) bagi memastikan integriti perkhidmatan awam sentiasa terpelihara.

KAWASAN LARANGAN MEROKOK

KKM memandang serius perkara ini kerana premis makanan adalah salah satu daripada 28 kawasan larangan merokok yang telah diwartakan demi memelihara
kesejahteraan rakyat.

Sebagai agensi yang menerajui kesihatan awam, KKM tidak akan berkompromi dengan mana-mana warga kerja yang gagal mematuhi undang-undang yang ditetapkan dan komited melaksanakan aktiviti penguatkuasaan secara tegas, adil, dan konsisten bagi melindungi kesihatan orang awam daripada
pendedahan asap rokok.

Pematuhan terhadap larangan merokok adalah tanggungjawab bersama bagi memastikan persekitaran yang bersih, sihat, dan selamat untuk semua.

KKM amat menghargai keprihatinan masyarakat dan menggalakkan penyaluran maklumat atau
aduan melalui saluran rasmi KKM bagi memperkukuh penguatkuasaan demi melindungi kesihatan awam. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *