
KUCHING, 27 Mac – ‘Bukti jelas bahawa Kerajaan MADANI sentiasa mendengar denyut nadi rakyat di Borneo’.
Demikian kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah & Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud berhubung pengumuman kerajaan mengekalkan diesel bersubsidi pada kadar RM2.15 seliter dengan kadar penggunaan terkawal, semalam.
Beliau menjelaskan keunikan geografi, kos logistik dan cabaran pembangunan di Sabah dan Sarawak diambil kira secara serius dalam setiap keputusan dasar nasional bersesuaian dengan penggunaan diesel yang agak tinggi di kedua-dua negeri.
“Langkah ini hadir dalam keadaan di mana kos sara hidup dan kos logistik di Sabah dan Sarawak kekal tinggi berikutan faktor geografi dan cabaran infrastruktur”.
“Justeru, sebarang perubahan dasar berkaitan bahan api memberi kesan langsung kepada kehidupan harian rakyat serta aktiviti ekonomi setempat “, menurut kenyataan itu.
Dalam pelaksanaan dasar tersebut, penting untuk semua pihak termasuk pengguna, pengusaha industri dan agensi penguatkuasaan memainkan peranan masing-masing dalam memastikan dasar berjalan dengan baik dan memberi manfaat kepada rakyat secara keseluruhan.
Jamalia
Foto: Pejabat Menteri di JPM
