



IPOH, 4 April 2026 β Program MADANI Rakyat 2026 Perak yang berlangsung di Bulatan Sultan Azlan Shah, Persiaran Meru sejak semalam hingga Ahad ini tampil dengan tarikan berimpak tinggi khusus untuk golongan pelajar melalui penyediaan reruai khas yang memberi pendedahan mendalam dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), kecerdasan buatan (AI) serta Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Pelbagai aktiviti berasaskan pengalaman turut disediakan, termasuk pendedahan kepada robotik, simulasi kecerdasan buatan serta aplikasi STEM dalam kehidupan seharian. Pelajar bukan sahaja berpeluang memahami konsep teori, malah turut merasai sendiri pengalaman praktikal yang menghubungkan pembelajaran dengan aplikasi dunia sebenar.
Selain itu, platform ini turut membolehkan pelajar berinteraksi secara langsung dengan teknologi terkini serta memahami bagaimana integrasi STEM, AI dan TVET diaplikasikan dalam industri moden. Pendekatan ini dilihat mampu mencetus minat serta membentuk daya fikir inovatif dalam kalangan generasi muda, di samping memperkukuh ekosistem TVET sebagai pemacu utama pembangunan tenaga mahir negara.
Foto oleh: Mohd Najib bin Mohaini dan Muhamad Amir Irsyad Bin Omar (UKK JPM)
Shamsul Azri bin Abu Bakar
Pejabat Perdana Menteri Malaysia π²πΎ
