




IPOH, 4 April 2026 β Di tengah-tengah kemeriahan Program MADANI Rakyat 2026 Perak, satu inisiatif tampil sebagai tumpuan utama yang benar-benar mencuri perhatian apabila orang ramai berpusu-pusu mendapatkan topi keledar baharu secara percuma, sekali gus membuktikan bahawa isu keselamatan jalan raya terus mendapat tempat di hati masyarakat.
Program Pertukaran Topi Keledar percuma anjuran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ini memperlihatkan komitmen berterusan dalam memperkukuh aspek keselamatan jalan raya, dengan sebanyak 3,000 unit topi keledar diperuntukkan untuk diedarkan kepada pengunjung sepanjang tiga hari penganjuran program berlangsung.
Orang ramai yang ingin mendapatkan topi keledar percuma disaran hadir lebih awal bagi memastikan peluang tidak terlepas. Pengunjung juga dikehendaki membawa MyKad serta topi keledar lama, rosak atau yang tidak lagi menepati spesifikasi semasa sebagai syarat penukaran.
Bagi memastikan kelancaran pelaksanaan, JPJ menyediakan lapan kaunter pendaftaran serta menggunakan sistem kupon bagi mengawal aliran pengunjung dan mengelakkan kesesakan.
Program MADANI Rakyat 2026 Perak akan melabuhkan tirainya esok. Orang ramai dijemput hadir beramai-ramai bagi memanfaatkan peluang yang disediakan serta menikmati pelbagai pengisian bermanfaat yang ditawarkan.
Foto oleh: Mohd Najib bin Mohaini dan Muhamad Amir Irsyad Bin Omar (UKK JPM)
@shamsulazri.abubakar
@malaysiapmoShamsul Azri bin Abu BakarPejabat Perdana Menteri Malaysia π²πΎ
