




IPOH, 5 April 2026 β Inisiatif berjiwa rakyat yang digerakkan oleh pasukan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) berjaya mencuri perhatian pengunjung apabila menawarkan perkhidmatan gunting rambut secara percuma sempena Program MADANI Rakyat 2026 Perak yang berlangsung di Bulatan Sultan Azlan Shah, Persiaran Meru, di sini.
Tampil beruniform lengkap, anggota RELA bukan sahaja menjalankan peranan hakiki dalam aspek keselamatan dan ketenteraman awam, malah memperluas fungsi mereka dengan mendekati masyarakat melalui pendekatan mesra rakyat yang signifikan. Perkhidmatan gunting rambut percuma itu dilihat sebagai nilai tambah yang memberi manfaat langsung kepada pengunjung daripada pelbagai lapisan usia.
Tinjauan mendapati reruai RELA sentiasa dikunjungi orang ramai, sekali gus mewujudkan suasana meriah sepanjang program berlangsung. Kanak-kanak, remaja mahupun golongan dewasa dilihat tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan khidmat gunting rambut secara percuma.
Shamsul Azri bin Abu Bakar
Pejabat Perdana Menteri Malaysia π²πΎ
