DAKWAAN PERMOHONAN TAMBAHAN BUDI95 TIDAK BENAR, HAD 200 LITER KEKAL

7 April 2026

Kementerian Kewangan (MoF) menegaskan bahawa dakwaan mengenai permohonan
umum bagi tambahan had subsidi BUDI MADANI RON95 (BUDI95) adalah sama sekali
tidak benar dan tidak berasas.

Walaupun fungsi ini diwujudkan pada awal pelaksanaan BUDI95, ia bukan bertujuan
untuk permohonan tambahan atas keperluan peribadi, sebaliknya bagi kes tertentu
dengan keperluan operasi yang jelas dan disahkan, seperti pemandu e-hailing dan pemilik
bot, tertakluk kepada kriteria yang ditetapkan.

Fungsi permohonan tambahan dalam portal BUDI95 telah disalah tafsir sebagai ruang
untuk memohon peningkatan had kelayakan secara bebas.

Susulan itu, butang
permohonan ini telah dinyahfungsikan.

Had kelayakan BUDI95 sebanyak 200 liter sebulan kekal berkuat kuasa bagi
memastikan subsidi disasarkan kepada majoriti rakyat serta bekalan kekal stabil.

TEKANAN PASARAN TENAGA GLOBAL

Langkah
sementara ini diambil berikutan tekanan pasaran tenaga global yang berterusan, yang
meningkatkan kos subsidi dan memerlukan pengurusan lebih berhemah.

Data menunjukkan had 200 liter mencukupi bagi 90% pengguna BUDI95.

Pada harga
bersubsidi RM1.99 seliter, pengguna boleh membeli RON95 sehingga RM398 sebulan,
dengan Kerajaan menanggung sekitar RM500 subsidi bagi setiap penerima.

Kerajaan akan terus melindungi rakyat, memperkukuh penguatkuasaan bagi membendung
ketirisan, serta memantau rapi pasaran tenaga global dan bersedia membuat penyesuaian
sewajarnya.

Kementerian Kewangan
Putrajaya
7 April 2026

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *