JKB: INISIATIF TELITI KEPERLUAN, CABARAN DAN PENAMBAHBAIKAN PERKHIDMATAN KESIHATAN

KUCHING, 7 April – Timbalan Menteri Kesihatan, Dato Hanifah Hajar Taib memulakan Jelajah Kesihatan Borneo (JKB) Siri I dengan mengadakan lawatan kerja ke Hospital Umum Sarawak (HUS) di Kuching.

Ia sebagai usaha mendekati serta memahami secara menyeluruh sistem perkhidmatan kesihatan, khususnya di wilayah Borneo.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata JKB merupakan inisiatif untuk meneliti sendiri keperluan, cabaran serta penambahbaikan yang diperlukan dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan di lapangan.

Jelajah berkenaan dijadual merangkumi beberapa lokasi melibatkan hospital dan klinik kesihatan di seluruh Sarawak.

Semasa lawatan di HUS pagi tadi, Dato Hanifah meninjau sendiri fasiliti serta perkhidmatan yang disediakan.

Ini bagi pastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada rakyat sentiasa berada pada tahap terbaik, selaras dengan komitmen kerajaan dalam memperkukuh sistem kesihatan negara.

Wartawan: JAMALIA
Foto: FB DATO HANIFAH HAJAR TAIB

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *