LHDN SARAWAK ANJUR PROGRAM E-INVOIS, BANTU RAKYAT FAHAMI INISIATIF KERAJAAN

TATAU, 8 April β€” Program e-Invois dan Kaunter Luar Bantuan Khas Kerajaan anjuran Lembaga Hasil Dalam Negeri Sarawak (LHDN) dengan kerjasama Pejabat Daerah Tatau telah berlangsung semalam.

Program itu turut menyaksikan pelancaran Skim Kesejahteraan Asas Sarawak, SKAS peringkat daerah Tatau oleh Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Dato Sri John Sikie Tayai.

Dalam ucapannya, beliau berkata penganjuran program seumpama ini penting bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap inisiatif kerajaan, khususnya berkaitan bantuan dan sistem percukaian.

Beliau turut menekankan peranan ketua masyarakat dan tuai rumah dalam menyampaikan maklumat kepada komuniti agar tidak tercicir daripada menerima bantuan, seperti Sumbangan Asas Rahmah yang disalurkan melalui MyKad.

Menurutnya, pelaksanaan SKAS oleh kerajaan Sarawak merupakan langkah proaktif dalam membantu rakyat menghadapi peningkatan kos sara hidup melalui platform tanpa tunai SPay Global.

Kira-kira 100 peserta menghadiri program tersebut yang melibatkan ketua kaum, ketua masyarakat, peniaga kecil dan kontraktor.

LHDN turut menyediakan kaunter perkhidmatan bagi memberi penerangan mengenai e-Invois, permohonan Sumbangan Tunai Rahmah serta urusan percukaian.

Sementara itu, penerima manfaat menyambut baik pelaksanaan SKAS yang disifatkan memudahkan serta membantu golongan berpendapatan rendah.

Wartawan/Foto: ISKANDAR SHAH

beritartmsarawak

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *