


9 April 2026
Kaherah Keutamaan Malaysia terhadap krisis kemanusiaan di Gaza tidak terpinggir dan akan diteruskan biarpun konflik, pergolakan geopolitik dan ketegangan kuasa turut memuncak di kawasan lain di rantau di Asia Barat.
Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center (SNCC) Datuk Sani Araby Alim Araby berkata Malaysia nekad meneruskan Misi Bantuan Kemanusiaan 30 Kontena Malaysia ke Gaza di sebalik pelbagai cabaran dihadapi bagi memastikan kelangsungan hidup rakyat Palestin yang kian terhimpit.
Beliau mengakui ketidaktentuan ekonomi dunia, termasuk ketidakstabilan mata wang berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) serta krisis di Selat Hormuz, menjadi antara cabaran besar yang melonjakkan kos perolehan bantuan bagi misi tersebut.
βUntuk pihak badan bukan kerajaan (NGO) yang berperanan dan berkhidmat untuk Gaza ini, kita terkesan langsung apabila kenaikan (kos) berlaku. Pertamanya adalah nilai mata wang yang tidak stabil apabila kita beli semuanya dalam USD, tidak dalam Ringgit. Jadi itu memberi kesan sangat besar kepada pihak NGO,” katanya.
Sani Araby berkata demikian kepada media selepas meninjau persiapan akhir misi berkenaan di gudang MAPIM-Al Khair.
πΈ Zulfadhli Zulkifli | BERNAMA
