Lebihan Tomato Jadi Baja Organik, Jimat Kos dan Berpotensi Jana Pendapatan

9 April 2026

Tahukah anda, lebihan tomato yang terlalu masak atau tidak digunakan boleh diproses menjadi baja organik cecair yang bermanfaat kepada tanaman serta berpotensi memberi pendapatan tambahan kepada pengusaha?
.
Kaedah ini membantu mengurangkan pembaziran sisa dapur dan hasil ladang, di samping menjimatkan kos pembelian baja.
.
Tomato mengandungi nutrien penting seperti nitrogen (N) dan kalium (K) yang membantu pertumbuhan daun, bunga dan buah.
.
Melalui proses fermentasi bersama gula merah atau molases, mikroorganisma baik akan terhasil dan membantu meningkatkan kesuburan tanah secara semula jadi.
.
Langkah penyediaan bermula dengan memotong tomato kepada bahagian kecil bagi mempercepatkan proses fermentasi.
.
Kemudian, campurkan tomato dengan gula merah atau molases menggunakan nisbah 1:1 berdasarkan berat.
.
Masukkan campuran ke dalam bekas dan tutup dengan kain atau tisu sebelum disimpan di tempat teduh selama 5 hingga 7 hari.
.
Selepas itu, tapis campuran untuk mendapatkan pati baja cecair.
.
Untuk penggunaan, campurkan 1 hingga 2 sudu besar pati baja tomato ke dalam 1 liter air dan sembur atau siram pada tanaman sekali seminggu bagi hasil yang optimum.
.
Rujuk infografik untuk panduan langkah penyediaan dan kadar penggunaan yang lebih jelas.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *