π—žπ—’π—‘π—™π—Ÿπ—œπ—ž π—”π—¦π—œπ—” 𝗕𝗔π—₯𝗔𝗧 π—¦π—˜π—₯π—Ÿπ—”π—› π—žπ—˜π—£π—˜π—₯π—Ÿπ—¨π—”π—‘ π—žπ—˜ 𝗔π—₯𝗔𝗛 π—žπ—˜π—§π—˜π—₯π—π—”π— π—œπ—‘π—”π—‘ 𝗗𝗔𝗑 π—£π—˜π—₯π—”π—Ÿπ—œπ—›π—”π—‘ π—§π—˜π—‘π—”π—šπ—” – 𝗧𝗣𝗠 π—™π—”π——π—œπ—Ÿπ—Ÿπ—”π—›

9 April 2026

KualaLumpur : Ketegangan geopolitik terkini di Asia Barat menyerlahkan keperluan Malaysia untuk memperkukuh keterjaminan dan mempercepat usaha peralihan tenaga, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata ketidakstabilan pasaran tenaga global membuktikan bahawa keterjaminan tenaga bukan sekadar teori tetapi bersifat sangat berstruktur.

β€œKita berdepan keseimbangan yang halus iaitu beralih daripada bahan bakar fosil dan pada masa sama, memastikan keterjaminan tenaga terpelihara.

β€œKeuntungan jangka pendek daripada harga minyak yang tinggi tidak seharusnya mengalih perhatian kita daripada kerentanan jangka panjang kerana keterjaminan sebenar bukan tentang apa yang kita peroleh hari ini sebaliknya apa yang mampu kita kekalkan esok,” katanya dalam ucaptama bersempena dengan Sidang Kemuncak Tenaga, Air dan Perubahan Iklim Malaysia 2026 hari ini.

Sumber: BERNAMA

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *