KPDN MANJUNG PERKUKUH PEMANTAUAN: BEKALAN BARANG KAWALAN STABIL DAN HARGA PASARAN TERKAWAL

​SITIAWAN, 10 April – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Manjung hari ini melaksanakan pemeriksaan penguatkuasaan dan pemantauan omnipresence secara menyeluruh di sekitar daerah ini bagi memastikan kestabilan bekalan barang kawalan serta memantau impak penetapan harga bahan api mingguan.

Hasil pemeriksaan mendapati bekalan barang keperluan asas seperti gula, tepung dan minyak masak adalah stabil, manakala harga purata ayam dan telur ayam menunjukkan trend penurunan yang stabil di bawah harga siling dengan harga purata ayam serendah RM7.84/kg serta penurunan harga telur sehingga RM1.06 bagi Gred C.

Meskipun terdapat gangguan sementara bekalan Diesel Euro B10 di beberapa stesen minyak yang kini dalam proses pemulihan, bekalan RON95 dan RON97 tetap konsisten tanpa sebarang aktiviti penyelewengan dikesan, selain peniaga menunjukkan tahap pematuhan tinggi terhadap larangan jualan minyak masak peket kepada warga asing serta mula mengadaptasi penggunaan aplikasi ECOSS dalam urusan harian bagi menjamin ketelusan pengagihan barang kawalan minyak masak peket kepada pengguna.

Sebarang pertanyaan dan aduan bolehlah dibuat melalui:-
https://e-aduan.kpdn.gov.my
Tel : 05 – 241 4611 (KPDN Perak)
Whatsapp Aduan:- 019-848 8000

Ikuti sosial media KPDN PERAK:
IG : https://ww.instagram.com/kpdn_perak
Youtube : https://www.youtube.com/@kpdnperaktv7244
TikTok : https://www.tiktok.com/@kpdnperak
Twitter : https://www.twitter.com/KPDNPerak/

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *