πŒπ€π‹π€πŒ ππ„ππ†π‡πŽπ‘πŒπ€π“π€π πŠπ‡π€π’ π‘π€πˆ π‹π„π†π€π’πˆ ππ„π‘πŠπ„πŠπ€π‹π€π π€πƒπˆππ€π‡ π€πŒπˆπ

Legasi berkekalan Tokoh Wartawan Negara Adibah Amin diraikan pada malam penghargaan yang diadakan di Kuala Lumpur malam ini, sempena pelancaran buku beliau 𝐴𝑠 𝐼 π‘Šπ‘Žπ‘  π‘ƒπ‘Žπ‘ π‘ π‘–π‘›π‘” (πΏπ‘’π‘”π‘Žπ‘π‘¦ πΈπ‘‘π‘–π‘‘π‘–π‘œπ‘›).

Perasmian majlis itu yang turut dihadiri adik Adibah, Khalilah Fadzilah Amin, disempurnakan oleh Raja Puan Muda Kedah Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff.

Dianjurkan oleh Friends of Adibah Amin, acara itu menghimpunkan pengamal media, komuniti sastera serta peminat karya Adibah sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan berterusannya dalam bidang kewartawanan dan kesusasteraan.

Hadir sama ialah Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Wong Chun Wai, Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin.

Sumber:Bernama

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *