



PUTRAJAYA – JPJ menyeru orang ramai agar memanfaatkan sepenuhnya kemudahan perkhidmatan digital yang disediakan bagi melaksanakan urusan berkaitan tanpa perlu hadir ke kaunter.
Pendekatan βurusan di hujung jariβ ini bukan sahaja memudahkan pelanggan, malah merupakan langkah praktikal yang dapat membantu rakyat menjimatkan kos petrol, mengurangkan masa perjalanan serta mengelakkan kesesakan di pejabat JPJ.
Untuk makluman, sebanyak 33 jenis urus niaga boleh dilaksanakan melalui Portal Rasmi JPJ (www.jpj.gov.my), manakala 16 jenis urus niaga lagi boleh diakses menerusi aplikasi MyJPJ. Orang ramai digalakkan untuk menggunakan platform ini bagi urusan yang tidak memerlukan kehadiran fizikal.
