


.
๐ฃ๐จ๐ง๐ฅ๐๐๐๐ฌ๐, ๐ญ๐ญ ๐๐ฝ๐ฟ๐ถ๐น โ Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) merekodkan 142 kes tangkapan dengan penahanan seramai 617 individu dan nilai rampasan mencecah RM4.6 juta sepanjang pelaksanaan OP KHAS PAGAR LAUT 1/2026 yang berlangsung dari 27 Februari dan berakhir semalam.
Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah berkata, operasi ini membuktikan komitmen berterusan Maritim Malaysia dalam mengekang jenayah rentas sempadan maritim negara.
โOP KHAS PAGAR LAUT 1/2026 dilaksanakan secara menyeluruh dengan penggemblengan aset laut dan udara serta penguatkuasaan berfokus di kawasan titik panas bagi membanteras aktiviti jenayah seperti penyeludupan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), barangan kawalan serta kontraban khususnya menjelang musim perayaan,โ katanya.
Jelas beliau, daripada jumlah tangkapan tersebut, warganegara Indonesia mencatatkan jumlah tertinggi iaitu seramai 210 orang, diikuti Myanmar dengan 84 orang, sekali gus menunjukkan laluan laut negara masih menjadi sasaran utama kemasukan PATI ke negara ini.
Dalam pada itu, kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 kekal sebagai penyumbang utama dengan 68 kes direkodkan, diikuti kes di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 sebanyak 39 kes serta Akta Imigresen 1959/63 iaitu sebanyak 23 kes.
โPendekatan operasi ini turut diperkukuh dengan pemantauan udara menggunakan pesawat Maritim Malaysia serta pengesanan melalui Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) di Lumut dan Kota Kinabalu, bagi memastikan setiap pergerakan mencurigakan dapat dikesan lebih awal,โ jelasnya.
Dalam perkembangan sama, Datuk Haji Mohd Rosli memaklumkan, Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu sebanyak 37 kes, diikuti Johor dengan 33 kes dan Kedah/Perlis 24 kes.
Selain operasi, Maritim Malaysia turut mempergiatkan program kesedaran komuniti seperti Sahabat Maritim bagi meningkatkan kerjasama orang awam dalam menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti jenayah di laut.
Datuk Haji Mohd Rosli dalam pada itu turut menegaskan, OP KHAS PAGAR LAUT 1/2026 bukan penamat kepada usaha penguatkuasaan, sebaliknya merupakan sebahagian daripada siri operasi berterusan yang akan dilaksanakan sepanjang tahun bagi memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara.
