Tragedi pelajar maut di Kota Bharu perlu jadi iktibar, elak kecuaian

KUALA LUMPUR, 12 April โ€“ Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tragedi yang meragut nyawa seorang pelajar perempuan di hadapan surau perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas, Kota Bharu, Kelantan hari ini perlu dijadikan iktibar.

Beliau menyuarakan perkara itu menerusi hantaran X, susulan Nur Fatimatul Hawa yang juga pelajar tingkatan satu maut manakala seorang lagi pelajar cedera parah selepas dirempuh sebuah kereta di hadapan surau tersebut.

โ€œTragedi ini harus menjadi iktibar dan peringatan kepada semua agar sentiasa berhati-hati serta tidak cuai dalam setiap tindakan yang dilakukan.

โ€œDoa dan ingatan juga buat mangsa yang cedera supaya diberikan kesembuhan segera,โ€ menurut hantaran itu.

Dalam pada itu Perdana Menteri turut mendoakan agar mangsa yang cedera dalam kejadian itu diberikan kesembuhan segera.

Terdahulu, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek memaklumkan Kementerian Pendidikan (KPM) telah memulakan proses siasatan dalaman bagi meneliti pematuhan setiap prosedur operasi standard (SOP) berkaitan kejadian itu, selain siasatan yang sedang dijalankan pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Mohd Azmir Damiri berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada kira-kira 2.15 petang, dengan kemalangan dipercayai berlaku lebih awal sekitar 1.50 tengah hari.

Siasatan awal mendapati kenderaan dipandu seorang wanita itu dipercayai mengalami kesilapan kawalan sehingga merempuh dua pelajar yang berada di hadapan surau serta melanggar struktur di kawasan berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *