


13 April 2026
Selangor Polis berjaya menumpaskan aktiviti penyeludupan dadah antarabangsa menerusi serbuan berasingan di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang melibatkan rampasan keseluruhan seberat 82 kilogram (kg) dengan nilai kira-kira RM5.45 juta.
Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata kes pertama melibatkan tangkapan ke atas seorang jurujual pakaian berusia 19 tahun di kawasan parkir kenderaan sebuah pusat beli-belah sekitar KLIA pada 5 April lepas.
Beliau berkata penahanan wanita warga tempatan yang turut membawa bersamanya sebuah bagasi telah menemukan 12 bungkusan plastik disyaki berisi dadah jenis syabu dengan anggaran berat 12.5 kg bernilai RM625,000.
βSaringan awal air kencing mendapati suspek negatif dadah dan tidak mempunyai sebarang rekod lampau,β katanya pada Sidang Media Kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor hari ini.
Sumber : Bernama
