MB Selangor umum pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor

16 April 2026

Menteri Besar Selangor , Datok Seri Amirudin Shari mengumumkan Pakej Pengukuhan Daya Tahan
Selangor yang merangkumi beberapa langkah bagi membantu rakyat dan
industri untuk menghadapi krisis bekalan tenaga yang sedang
hadapi pada masa ini.

Beliau berkata, majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengambil langkah ini kerana Perang
di Asia Barat antara Amerika Syarikat dan Israel menentang Iran telah
menyebabkan gangguan bekalan tenaga selepas Selat Hormuz terus
disekat.

Jelas beliau sekiranya perang ini reda pun, keupayaan ekosistem minyak mentah, gas,
baja, sulfur, dan helium yang amat kritikal untuk industri di Selangor akan
mengambil masa sekurang-kurangnya setahun untuk kembali kepada
kadar pengeluaran sebelum perang.

Katanya . oleh yang demikian, melalui semakan Belanjawan yang telah dijalankan,
Kerajaan Negeri akan memperuntukkan RM131 juta bagi Pakej
Pengukuhan Daya Tahan Selangor untuk tujuan berikut.

  1. Mengukuhkan keterjaminan bekalan makanan
  2. Mengurangkan kos sara hidup rakyat
  3. Mengawal kesan inflasi daripada meningkat secara keterlaluan
  4. Meningkatkan penggunaan pengangkutan awam
  5. Bantuan bersasar kepada golongan paling terkesan.

Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor akan bermula pada bulan Jun
dengan usaha berikut.

Jelajah Ehsan
Rahmah

  • Sebulan sekali di setiap kawasan
    DUN seluruh Selangor
    RM5 juta
    Gudang
    Makanan
    Selangor
  • Meningkatkan stok penimbal
    barang makanan asas seperti
    beras dan protein
    RM50 juta
    Baucar Kita
    Selangor
  • Bernilai RM100 sebulan selama
    6 bulan
  • 50,000 penerima
  • Pembelian barang keperluan asas
    RM30 juta
    Subsidi
    Tambang
    Pengangkutan
    Awam
  • Bernilai RM30 sebulan selama 6
    bulan
  • 30,000 penerima
  • Subsidi van DRT, bas, dan
    keretapi
    RM5.4 juta
    Bantuan
    Sarapan
    Percuma Pelajar
    Sekolah
  • Meringankan perbelanjaan ibu
    bapa
  • 873 sekolah seluruh Selangor
    RM9.6 juta
    Bantuan Sektor
    Pertanian
  • Antara RM300 – RM600 sebulan
    selama 6 bulan
  • Menampung kos input pertanian
    atau harga diesel
  • Memanfaatkan 17,237 pesawah,
    nelayan, petani, penternak,
    pengusaha akuakultur
    RM25 juta
    Pemerkasaan
    Usahawan
    Koperasi
    Selangor
  • Memperkasa usahawan dalam
    sektor peruncitan dan logistik
  • Geran pembangunan kepada
    koperasi melalui KOHIJRAH
    RM6 juta

Tambahan kepada usaha-usaha ini, Kerajaan Negeri melalui Unit
Perancang Ekonomi Negeri dan Invest Selangor akan menjalankan siri
Sesi Libat Urus bersama industri utama seperti sektor pembinaan,
pembuatan, logistik, dan perkhidmatan yang masing-masing akan
menerima kesan akibat krisis bekalan tenaga dan barangan.

Di samping itu, beberapa peluang akan diterokai oleh pentadbiran ini
secara lebih pantas berkait dengan peralihan tenaga seperti solar dan
teknologi simpanan bateri, tenaga hidrogen, serta aspek kecekapan
tenaga di bangunan-bangunan Kerajaan Negeri, Pejabat Daerah dan
Tanah dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Kerajaan Negeri berterima kasih atas usaha Kerajaan Persekutuan untuk
meningkatkan subsidi BUDI95 yang kini mencecah sehingga RM7 bilion,
Budi Diesel yang ditingkatkan daripada RM300 kepada RM400, sokongan
kepada komuniti pertanian, serta usaha lain yang merangkumi
pengangkutan awam.

Usaha Kerajaan Negeri yang digerakkan melalui Pakej Pengukuhan Daya
Tahan Selangor Fasa 1 adalah langkah persiapan dan komplemen kepada
perancangan di peringkat Persekutuan.

Kerajaan Negeri akan melaksanakan semakan aktif setiap 2 minggu
dibantu dengan Pasukan Petugas Khas Krisis Tenaga dengan melihat
kepada perkembangan di Asia Barat, rantau Asia Tenggara, serta
berpandukan data bekalan tenaga dan barangan keperluan asas agar
sebarang perubahan dapat ditangani secara proaktif menggunakan
kemampuan di peringkat negeri.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *