Warga emas di Miri rugi lebih RM1.17 juta terpedaya penipuan cinta

16 April 2026

Seorang warga emas di Miri berusia 64 tahun kerugian lebih RM1.17 juta selepas menjadi mangsa penipuan cinta.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata berdasarkan laporan diterima semalam, mangsa pada mulanya menerima pesanan melalui aplikasi TikTok sebelum berkomunikasi melalui WhatsApp.

Beliau berkata siasatan awal mendapati suspek menyamar sebagai warga asing dengan menggunakan gambar individu lain serta dokumen peribadi telah disunting bagi meyakinkan mangsa.

Sumber BernamaNews

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *