π— π—”π—Ÿπ—•π—”π—§π—§ 𝟴𝟱𝟬-𝟭𝟯 𝗣π—₯π—œπ—›π—”π—§π—œπ—‘: π—π—”π—Ÿπ—œπ—‘π—”π—‘ π—›π—¨π—•π—¨π—‘π—šπ—”π—‘ π—§π—˜π—₯𝗨𝗦 π——π—œπ—£π—˜π—₯π—žπ—¨π—žπ—¨π—›π—žπ—”π—‘ π— π—˜π—Ÿπ—”π—Ÿπ—¨π—œ 𝗕𝗔𝗑𝗧𝗨𝗔𝗑 π—žπ—˜π— π—”π—‘π—¨π—¦π—œπ—”π—”π—‘

LUBNAN, 16 April 2026 – Keadaan tegang dan ancaman yang berlaku di Selatan Lubnan telah mengakibatkan bekalan makanan dan keperluan terputus. Keadaan ini turut dirasai oleh MALBATT 850-13 yang sedang melaksanakan misi terutama di kawasan Marakah dan Deb’al, Selatan Lubnan.

Mengambil langkah proaktif serta jalinan hubungan antara MALBATT 850-13 dengan kedua-dua penempatan berkenaan, satu program sumbangan kemanusiaan telah dilaksanakan di Marakah Municipal Building, diwakili oleh Timbalan Komander MALBATT 850-13, Lt Kol Zain Azrai bin Hj Karia dengan pihak berkuasa tempatan iaitu Mayor Marakah dan wakil daripada Deb’al Municipality.

Sumbangan yang sederhana ini bukan sahaja melambangkan keperihatinan dan solidariti MALBATT 850-13, malah ia turut meletakkan nama Malaysia di kalangan penduduk negara Lubnan amnya dan kawasan penempatan khasnya.

Usaha ini juga selaras dengan peranan pasukan pengaman dalam menyokong kestabilan dan keamanan, di samping mengukuhkan hubungan antara pasukan dan komuniti tempatan.

Artikel dan gambar disediakan oleh Tim Public Information Officer (PIO) MALBATT 850-13.

DutyHonourSacrifice

TetapUnggul

TheLastGuardian

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *