Penduduk Lubnan tidak percaya Israel, tuntut pengunduran penuh

TYRE, 17 April – Penduduk selatan Lubnan menuntut pengunduran penuh tentera Israel walaupun gencatan senjata 10 hari antara Israel dan Lubnan mula dilaksanakan.

Mustafa Ibrahim al-Sayyed, berkata mereka masih belum dapat berasa lega selagi tentera Israel kekal di kawasan selatan.

Katanya, keutamaan penduduk adalah menghentikan perang sepenuhnya dan memastikan pengunduran Israel.

β€œPerkara sama pernah berlaku sebelum ini, pada 2024, apabila gencatan senjata diumumkan.

β€œKami gembira, tetapi kegembiraan itu belum sepenuhnya dirasai. Untuk benar-benar berasa lega, kami mahu perang dihentikan dengan pengunduran penuh tentera Israel dari selatan Lubnan.

TIDAK MEMBERI KETENANGAN

β€œIni kerana Israel menyatakan akan terus kekal di selatan Lubnan, dan keadaan itu tidak memberi ketenangan kepada kami.

β€œGencatan senjata 10 hari tidak bermakna selagi kawasan selatan masih diduduki dan kami tidak dapat pulang ke kampung halaman,” katanya kepada REUTERS.

Gencatan senjata itu dilaksanakan bagi membuka ruang kepada rundingan ke arah perjanjian keamanan jangka panjang.

Hizbullah menyatakan sebarang gencatan senjata tidak boleh memberi kebebasan pergerakan kepada tentera Israel.

Menurut perjanjian gencatan senjata, kerajaan Lubnan akan mengambil langkah bagi menghalang Hizbullah dan kumpulan bersenjata lain daripada melancarkan serangan terhadap Israel.

Sejak konflik tercetus pada 2 Mac lalu, lebih 2,100 orang dilaporkan terbunuh di Lubnan manakala lebih 1.2 juta penduduk kehilangan tempat tinggal.β€” REUTERS

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *