KERJASAMA STRATEGIK MALAYSIA–CHINA, STABILKAN RANTAIANBEKALAN PERANTI PERUBATAN DALAM NEGARA

17 April 2026

Krisis tenaga global memberi impak langsung terhadap ketersediaan peranti
perubatan kritikal dan produk import berisiko tinggi di pasaran tempatan.

Namun
begitu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menegaskan bahawa
kedudukan bekalan peranti perubatan di dalam negara adalah kekal stabil dan
terkawal menerusi pemantauan rapi serta langkah-langkah mitigasi yang telah
dilaksanakan secara berterusan.

Sebagai langkah proaktif, Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA), Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) juga telah memuktamadkan satu persetujuan strategik
bersama pihak berkuasa China untuk meningkatkan pembekalan bahan mentah
resin dan nafta untuk kegunaan industri tempatan.

Inisiatif ini bertujuan menstabilkan rantaian bekalan serta memastikan kelangsungan
pengeluaran peranti perubatan kritikal di Malaysia.

Bekalan tambahan tersebut akan
berfungsi sebagai pemangkin utama dalam menampung kekurangan bahan
mentah semasa bagi memenuhi keperluan sistem kesihatan negara.

Persetujuan ini dicapai hasil perbincangan strategik yang dipengerusikan oleh Ketua
Eksekutif MDA merangkap Pengerusi Global Harmonization Working Party (GHWP),
bersama Pengarah China (Shanghai) Pilot Free Trade Zone Administration dan
Timbalan Datuk Bandar, Pudong New Area.

Kerajaan Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan China
atas komitmen padu dalam menyokong kestabilan rantaian bekalan bahan mentah
industri peranti perubatan serantau.

KKM akan terus memantau situasi ini secara rapi
dan memastikan pengedaran bekalan dilaksanakan secara cekap dan berhemah,
berasaskan keperluan klinikal demi kesejahteraan rakyat.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *