


17 April 2026
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengumumkan pelantikan dan kenaikan
pangkat pegawai sebagai sebahagian daripada usaha berterusan memperkukuh struktur kepimpinan serta
meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
Pelantikan dan kenaikan pangkat ini melibatkan pegawai-pegawai yang telah menunjukkan prestasi
cemerlang, komitmen tinggi serta integriti dalam melaksanakan tugas sepanjang tempoh perkhidmatan
mereka.
Pegawai-pegawai yang terlibat adalah seperti berikut:
- Datuk Mohd Hafaz Nazar dilantik sebagai Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM di mana beliau
sebelum ini merupakan Pengarah Kanan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA). - Datuk Karunanithy a/l Y. Subbiah dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Kanan Akademi Pencegahan
Rasuah Malaysia di mana beliau sebelum ini merupakan Pengarah SPRM Pulau Pinang.
Pelantikan dan kenaikan pangkat ini berkuatkuasa hari ini (17 April 2026).
Ia juga adalah pengiktirafan terhadap dedikasi dan kecemerlangan pegawai dalam menyumbang kepada
organisasi.
SPRM yakin kedua-dua pegawai ini akan terus memacu kecemerlangan serta memperkukuh tadbir urus
yang berintegriti sejajar dengan komitmen agensi dalam memperkasakan modal insan yang kompeten,
berakauntabiliti dan berorientasikan prestasi.
Sehubungan itu, SPRM berharap agar semua pegawai yang terlibat dapat terus melaksanakan amanah
dengan penuh tanggungjawab serta menjunjung prinsip integriti dalam setiap aspek tugas.
