MCMC siasat individu sebar berita psu bekalan diesel ke Filipina

Wartawan JM
18 APRIL 2026

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah membuka kertas siasatan terhadap seorang individu yang menyebarkan berita palsu berhubung dakwaan pembekalan bahan api diesel kepada Filipina.

Kenyataan media MCMC memaklumkan pihak berkuasa telah mengesahkan diesel tersebut milik syarikat perdagangan Vitol, dan bukan milik Petronas atau Kerajaan.

Individu tersebut telah dipanggil untuk memberi keterangan pada hari Jumaat.

MENYITA PERANTI KOMUNIKASI

MCMC turut menyita peranti komunikasi yang digunakan untuk memuat naik kandungan berkenaan bagi membantu siasatan lanjut.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum dua tahun, atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

MCMC memandang serius sebarang penyalahgunaan platform media sosial dan digital untuk menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh mengelirukan orang ramai.

Tindakan penguatkuasaan tegas akan diambil terhadap mana- mana pihak yang melanggar undang-undang serta menjejaskan ketenteraman awam. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *