Kekuatan Malaysia berpaksikan kepada kepelbagaian budaya – PMX

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
18 APRIL 2026

Kekuatan Malaysia berpaksikan kepada kepelbagaian budaya, tradisi dan komuniti yang menjadi tunjang kepada perpaduan serta ketahanan negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kepelbagaian ini bukanlah cabaran untuk ditangani, sebaliknya kekuatan yang wajar diraikan bersama.

Beliau berkata di Malaysia, kepelbagaian budaya merupakan elemen penting yang mengangkat semangat kebersamaan, memperkukuh identiti nasional dan menyatukan kita sebagai satu bangsa yang harmoni.

WARISAN SERTA SUMBANGAN

“Sebagai pengiktirafan terhadap warisan serta sumbangan bersama ini, peruntukan awal sebanyak RM500,000 telah diumumkan bagi menyokong aktiviti dan sambutan komuniti Sikh di seluruh negara,” kata Anwar dalam hantaran di FB.

Terdahulu Anwar berucap di Visit Malaysia 2026 Vaisakhi Fest, di Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) di Jalan Ampang, Kuala Lumpur, hari ini.

Anwar berkata komuniti Sikh telah lama menjadi sebahagian penting dalam perjalanan Malaysia, menyumbang secara bermakna kepada pembangunan masyarakat serta kemajuan negara. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *