𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔π—ͺ𝗔𝗑 𝗠𝗨𝗗𝗔 π——π—œ π—£π—’π—‘π—§π—œπ—”π—‘ π—›π—”π—¦π—œπ—Ÿπ—žπ—”π—‘ π—žπ—₯𝗔𝗙 π—•π—”π—§π—œπ—ž π—¨π—‘π—œπ—ž π—šπ—¨π—‘π—” 𝗗𝗔𝗨𝗑 𝗗𝗔𝗑 π—•π—¨π—‘π—šπ—”

Johor Bermula daripada eksperimen dan minat mendalam terhadap alam semula jadi, Misbaahussalam Zakaria memanfaatkan daun dan bunga menjadi β€œalat cetak” bagi menghasilkan seni cetakan fabrik bernilai tinggi.

Usahawan kraf berusia 32 tahun ini menggunakan teknik eco-print, iaitu corak pada fabrik dihasilkan tanpa menggunakan lilin seperti kelaziman batik cetak.

β€œRamai orang nampak hasil macam batik, tapi sebenarnya ini eco-print. Kita guna daun dan bunga untuk hasilkan corak pada kain,” katanya kepada Bernama, ketika ditemui di kediamannya di Taman Maju Emas, Api-Api.

Beliau yang memulakan perniagaan itu sebaik menamatkan pengajian di Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang pada 2019, berkata idea memanfaatkan daun dan bunga dalam penghasilan batik eco-print tercetus selepas beliau mengkaji teknik yang diperkenalkan oleh pengkaji tekstil dari Australia, India Flint yang terkenal dengan penggunaan bahan semula jadi dalam seni fabriknya.

Berkongsi lanjut, Misbaahussalam berkata dari situ, beliau turut mengkaji daun dan bunga yang mampu menghasilkan warna.

πŸ“Έ Hazrol Zainal | BERNAMA

Sumber bernama; #BernamaNews

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *