YANG DI-PERTUAN AGONG AKAN MENENTUKAN CALON BAHARU MENERAJUI SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

23 April 2026

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, bertitah Baginda akan memilih Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu bagi menerajui suruhanjaya berkenaan.

Justeru, Seri Paduka Baginda bertitah menegaskan tiada keperluan untuk mana-mana pihak mempolitikkan perkara ini.

Sultan Ibrahim, bertitah bahawa jawatan berkenan amat penting dalam memastikan SPRM terus berperanan secara berkesan sebagai institusi utama negara dalam membanteras rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

β€œSaya akan menentukan siapa calon terbaik untuk menerajui SPRM selepas ini,” titah Seri Paduka Baginda kepada Royal Press Office (RPO) pada hari ini (23 April).

YDPAgong

AllahPeliharakanSultan

IstanaNegara

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *