๐‘๐ž๐ฌ๐ข๐ฅ๐ข๐ž๐ง๐ญ ๐€๐ฌ๐ข๐š ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”: ๐Š๐ž๐ฌ๐ข๐š๐ฉ๐ฌ๐ข๐š๐ ๐š๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐Œ๐ž๐ง๐๐ž๐ฉ๐š๐ง๐ข ๐ƒ๐ฎ๐ง๐ข๐š ๐˜๐š๐ง๐  ๐’๐ž๐ฆ๐š๐ค๐ข๐ง ๐Œ๐ž๐ง๐œ๐š๐›๐š๐ซ

24 April 2026

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, apa yang kita hadapi hari ini bukan lagi cabaran terpencil.

Jelas beliau, perubahan iklim dan fenomena cuaca ekstrem telah memberi kesan langsung kepada rakyat, daripada keselamatan nyawa hinggalah kepada kestabilan ekonomi.

” Persoalannya kini adalah sejauh mana kita benar-benar bersedia apabila bencana berlaku?

“Semasa berucap dalam Majlis Perasmian Pameran Resilient Asia 2026 malam tadi, saya telah menyatakan bahawa kesiapsiagaan perlu bergerak lebih pantas dan lebih terselaras. Teknologi seperti kecerdasan buatan dan sistem amaran awal mesti dimanfaatkan sepenuhnya supaya tindakan dapat dibuat dengan lebih cepat dan tepat, ” ujar Dr.Ahmad Zahid dalam perkongsian di laman media sosial hari ini.

Jelas beliau, Malaysia terus memperkukuh keupayaan ini melalui NADMA dengan memanfaatkan data masa nyata serta teknologi seperti Cell Broadcast System (CBS), di samping memperkukuh penyelarasan operasi di lapangan.

Katanya, dalam masa yang sama, kita turut memperkukuh tadbir urus pengurusan bencana melalui penubuhan Majlis Pengurusan Bencana Negara (MPBN) bagi memastikan penyelarasan yang lebih menyeluruh di peringkat nasional.

Menurut beliau, Malaysia juga sentiasa bersedia untuk memainkan peranan yang lebih besar sebagai rakan strategik dan pusat rujukan dalam pengurusan bencana di rantau ini.

” Insya-Allah, apabila semua pihak bergerak seiring, kita akan lebih bersedia menghadapi apa jua cabaran yang mendatang, ” katanya.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *