Malaysia tarik perhatian dunia:Diiktiraf model global dalam pengurusan bencana

KUALA LUMPUR, 24 April โ€“ Malaysia diiktiraf sebagai model global dalam pengurusan bencana apabila kepakaran negara khususnya pasukan tindak balas, menarik minat antarabangsa.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pengiktirafan itu terserlah melalui kerjasama strategik serta penghargaan daripada komuniti antarabangsa.

โ€œSaya merasakan Malaysia menjadi contoh kepada negara-negara lain di dalam pengurusan bencana. Jika tidak, mana mungkin pasukan dari Rusia belajar dari kita.

โ€œMana mungkin Turkiye memberikan penghargaan kepada kita. Myanmar memberikan penghargaan kepada kita apabila mereka menghadapi bencana, malah Pakistan juga menghargai Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) terutamanya pasukan SMART yang telah kita bantu,โ€ katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Resilient Asia Exposition and Forum 2026 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, malam tadi.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata, kecerdasan buatan (AI) kini memainkan peranan penting dalam mengubah landskap pengurusan bencana apabila penggunaan teknologi itu mampu mengurangkan masa tindak balas sehingga 30 hingga 40 peratus.

โ€œPenggunaan AI dalam pengurusan bencana membolehkan peralihan daripada pendekatan reaktif kepada tindakan bersifat ramalan. Melalui analisis data sejarah, AI menyokong sistem amaran awal, meramalkan corak bencana serta memperkukuh perancangan logistik,โ€ katanya.

Beliau berkata, latihan bersama antara Pasukan SMART Malaysia dan Rusia tahun lalu telah memperkukuh penyelarasan, kepercayaan serta kesiapsiagaan operasi merentas sempadan.

โ€œMalaysia bukan sahaja menimba kepakaran, malah turut menjadi platform latihan antarabangsa berikutan faktor bentuk muka bumi, iklim dan pengalaman operasinya.

โ€œNegara ini juga bersedia memperluas kerjasama dengan lebih banyak negara melalui latihan bersama dan perkongsian pengetahuan bagi memperkukuh kesiapsiagaan kolektif,โ€ katanya.

Sumber: RTM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *