PROGRAM JELAJAH WIRA MADANI AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA (APMM) PERKUKUH HUBUNGAN KOMUNITI

KUANTAN, 28 April 2026 – YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri menghadiri Program Jelajah Wira MADANI Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS), hari ini.

Program ini telah menghimpunkan kira-kira 3,000 peserta yang terdiri daripada warga APMM, Veteran Maritim Malaysia, Pasukan Kadet Maritim Malaysia (PASKAM) serta komuniti setempat.

Program ini dilaksanakan selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI sebagai satu inisiatif untuk mendekati serta menyantuni barisan hadapan negara.

Inisiatif berteraskan konsep ‘give back to the community’ itu merupakan tanda penghargaan terhadap wira-wira negara yang telah berkhidmat menjaga keselamatan serta kedaulatan perairan negara.

Seluruh warga APMM sama ada yang masih berkhidmat mahupun telah bersara juga merupakan aset berharga negara yang jasanya sentiasa dihargai.

Justeru program seumpama ini diharap dapat terus memperkukuh hubungan antara agensi kerajaan dan rakyat, di samping menghargai jasa serta pengorbanaan barisan hadapan negara.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *