π—£π—˜π—‘π—šπ—¨π—žπ—¨π—›π—”π—‘ π—₯π—’π—›π—”π—‘π—œ 𝗗𝗔𝗑 π—¨π—žπ—›π—¨π—ͺ𝗔𝗛 π— π—˜π—Ÿπ—”π—Ÿπ—¨π—œ 𝗣π—₯π—’π—šπ—₯𝗔𝗠 π—œπ—•π—”π——π—”π—› 𝗕𝗔𝗖𝗔𝗔𝗑 π—¬π—”π—¦π—¦π—œπ—‘ 𝗗𝗔𝗑 π—§π—”π—›π—Ÿπ—œπ—Ÿ

LUBNAN, 27 April 2026 – Dalam usaha memperkukuh aspek kerohanian dan kebersamaan warga pasukan, MALBATT 850-13 telah menganjurkan Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil sempena ketibaan Komander MALBATT 850-13, Kol Mohd Rizal bin Mohd Ali serta sambutan Hari Ulang Tahun Tentera Laut Diraja Malaysia, bertempat di Masjid Kawkaba Kem Ma’rakah, Selatan Lubnan.

Program ibadah yang dihadiri oleh seluruh warga pasukan ini dimulakan dengan majlis bacaan Yassin dan Tahlil disusuli acara penyampaian sijil kepada peserta akikah sebagai tanda penghargaan dan simbolik dalam meraikan ibadah tersebut.

Seterusnya, solat Maghrib berjemaah, diikuti dengan makan malam secara jamaie bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara anggota dan diakhiri dengan solat Isyak.

Penganjuran majlis seperti ini bukan sahaja memperkukuh hubungan antara warga pasukan, malah menjadi medium penting dalam memohon keberkatan, kesejahteraan serta perlindungan dalam setiap pelaksanaan tugas di bumi Lubnan.

Turut hadir adalah Timbalan Komander MALBATT 850-13, Lt Kol Zain Azrai bin Hj Karia, Pegawai Staf 1 Gerak MALBATT 850-13, Lt Kol Mohd Farid bin Ahmad, Pegawai Staf 1 Tadbir MALBATT 850-13, Lt Kol Abd Rahim bin Jaffar TUDM, Pegawai Staf 1 Latih MALBATT 850-13, Kdr Rusmanizam bin Ismail TLDM dan Pegawai Staf 1 Logistik MALBATT 850-13, Lt Kol Mohd Suhaimi bin Abdul Samat.

Artikel dan gambar disediakan oleh Tim Public Information Officer (PIO) MALBATT 850-13.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *