
28 April 2026
Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui tindakan bersepadu agensi penguatkuasaan terus mempergiat operasi membanteras aktiviti penyeludupan migran yang menjejaskan keselamatan dan kedaulatan negara.
π¬βKDN komited melaksanakan penguatkuasaan secara tegas dan berterusan bagi membanteras penyeludupan migran serta melindungi keselamatan dan kedaulatan negara.β
β YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri
Dalam operasi oleh JSJ D3 di Mersing, seramai 8 individu berjaya ditahan, melibatkan 1 warga tempatan dan 7 warga asing yang disyaki terlibat sebagai migran dan transporter. Kejayaan ini membuktikan kecekapan risikan serta tindakan pantas pasukan di lapangan dalam mengekang jenayah rentas sempadan.
Pendekatan tindakan tegas tanpa kompromi terus menjadi keutamaan KDN dalam memastikan Malaysia bebas daripada ancaman penyeludupan manusia dan aktiviti jenayah terancang.
Usaha ini mencerminkan iltizam kerajaan dalam memastikan keselamatan rakyat terjamin dan undang-undang negara terus dihormati.
MalaysiaMADANI #KDNMADANI #KeselamatanNegara #PenguatkuasaanTegas #OpsBanteras #TiadaRuangPenyeludupan #RancakkanMADANI
Sumber: Kementerian Dalam Negeri (KDN) | Laporan Status Keselamatan dan Penguatkuasaan KDN, 26 April 2026
