RAMPASAN MARITIM DIPERTINGKAT: KAWALAN PERAIRAN DIPERKUKUH

Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus mempergiat operasi penguatkuasaan maritim bagi membanteras aktiviti penyeludupan dan jenayah rentas sempadan di perairan negara.

💬“KDN akan terus memperkukuh kawalan keselamatan maritim dan mengambil tindakan tegas terhadap sebarang aktiviti penyeludupan yang menjejaskan kepentingan negara.”
— YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri

Dalam operasi di Tanjung Sironggol, tindakan bersepadu berjaya merekodkan nilai rampasan sebanyak RM69,800, melibatkan bot, enjin sangkut serta rokok pelbagai jenama. Kejayaan ini mencerminkan kecekapan operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terkawal.

Pendekatan penguatkuasaan yang berterusan dan strategik ini adalah selari dengan usaha kerajaan untuk menutup ruang ketirisan serta melindungi hasil negara daripada aktiviti penyeludupan.

KDN kekal komited memastikan keselamatan perairan negara terpelihara demi kesejahteraan rakyat dan kedaulatan negara.

Sumber: Kementerian Dalam Negeri (KDN) | Laporan Status Keselamatan dan Penguatkuasaan KDN, 26 April 2026

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *