
8 Mei 2026
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus memperkukuh pendekatan smart enforcement dalam membanteras jenayah penipuan dalam talian yang semakin kompleks dan terancang.
๐ฌ โKDN tidak akan berkompromi terhadap mana-mana sindiket penipuan yang memperdaya rakyat dan mengancam keselamatan ekonomi negara. Tindakan tegas akan terus dipertingkat menerusi operasi bersepadu dan penguatkuasaan berterusan.โ
โ YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.
Menerusi empat operasi khas utama iaitu Ops Taring, Ops Belatuk, Ops Frontier dan Ops Cenderahati, seramai 2,251 individu berjaya ditahan melibatkan kegiatan scammer, pusat panggilan penipuan, keldai akaun serta sindiket jenayah kewangan rentas sempadan.
๐ Antara kejayaan operasi:
๐น 1,372 individu ditahan menerusi Ops Frontier
๐น 430 individu ditahan dalam Ops Taring
๐น 403 individu ditahan menerusi Ops Belatuk
๐น 46 individu ditahan dalam Ops Cenderahati
Turut dirampas pelbagai peralatan komunikasi, telefon bimbit, kad ATM dan peranti digital yang dipercayai digunakan dalam aktiviti penipuan siber.
Pendekatan penguatkuasaan berasaskan risikan, teknologi dan kerjasama strategik antara agensi terus diperkasa bagi memastikan keselamatan digital rakyat sentiasa terpelihara.
๐ Sumber: (PDRM) / Infografik Bernama, 5 Mei 2026
