
8 Mei 2026
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus memperkukuh pendekatan โsmart enforcementโ menerusi operasi penguatkuasaan strategik dan bersepadu bagi mengekang aktiviti penyeludupan serta jenayah rentas sempadan yang boleh mengancam keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.
๐ฌ โKDN akan terus memperkukuh pendekatan penguatkuasaan pintar menerusi kerjasama strategik antara agensi, penggunaan teknologi serta tindakan bersepadu bagi memastikan keselamatan negara sentiasa terpelihara.โ
โ YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.
Pendekatan ini memberi fokus kepada operasi di lokasi dan masa kritikal, pemanfaatan teknologi dan maklumat secara masa nyata serta sinergi pintar antara agensi penguatkuasaan bagi memastikan tindakan lebih pantas, tepat dan berkesan.
Melalui operasi bersepadu yang dilaksanakan, PDRM memainkan peranan penting dalam memperkukuh kawalan keselamatan negara menerusi tindakan penguatkuasaan yang berterusan dan tersusun.
Sumber: KDN
