

8 Mei 2026
Di sebalik kelancaran pergerakan di pintu masuk negara, terdapat petugas-petugas yang sentiasa bersedia menjalankan tanggungjawab demi memastikan keselamatan Malaysia sentiasa terjamin.
Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) bukan sekadar menjalankan pemeriksaan dan penguatkuasaan, tetapi menjadi benteng utama negara dalam mempertahankan kedaulatan dan maruah Malaysia.
Setiap anggota memikul amanah besar dengan penuh disiplin, integriti dan dedikasi tinggi demi memastikan rakyat dapat menikmati keamanan serta kesejahteraan secara berterusan.
Komitmen ini membuktikan bahawa agenda Malaysia MADANI bukan sahaja memberi fokus kepada pembangunan rakyat, malah menitikberatkan soal keselamatan dan kedaulatan negara.
